Antara soalan yg paling popular ditanya selain harga bekam ialah "sakit tak berbekam ni?" Betul x?
Ini sebab kebanyakkan mendengar pelbagai cerita mereka yg pernah berbekam kononnya bekam ini pedih dan sakit. Disini saya ingin berkongsi cerita antara punca kesakitan tersebut :
1- Penggunaan kaedah hirisan dengan menggunakan razorblade dan juga ketiadaan sapuan sebarang minyak bagi melincirkan permukaan yg akan dibekam.
2- Tiada pemanasan kepada permukaan kulit sebelum berbekam.
Bagi isu pertama, kami dari Pusat Naturopati & Terapi Bekam AySHA menggantikan razorblade dengan pen lancet. Penggunaan pisau blade lebih BESAR risiko berbanding penggunaan pen lancet. Namun prinsipnya sama iaitu untuk mengeluarkan darah. Kualiti pen lancet yg kami gunakan juga dari kualiti yang terbaik, mggunakan jarum halus dgn daya tusukan yg sangat laju.
Ketiadaan sebarang sapuan pelincir pada permukaan bekam boleh menyakitkan kulit dan menyebabkan melecet. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, kami menggunakan minyak zaitun sebagai sapuan pelincir pada permukaan bekam. Terlalu banyak kelebihan minyak zaitun antaranya berfungsi sebagai anti-septik untuk permukaan kulit sebelum kulit ditusuk.
Bagi isu kedua, di Pusat Naturopati & Terapi Bekam AySHA juga kami mewajibkan untuk dilakukan bekam luncur dan bekam angin terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran darah dan memberikan kesan anestesi (kebas) pada permukaan kulit. Ini dibuktikan dengan kajian " Gate Control Theory ". Sedutan cup bekam (bekam angin) yg dilakukan sebelum ditusuk boleh menyibukkan jalur saraf yg membawa signal rasa sakit sampai ke otak, sehingga meminimumkan rasa sakit. Hal yg sama terjadi bila ditampal koyok di kepala.
Jom berbekam! Hubungi 013 6245430 (Dr.Azrinaz) atau utk wanita 013 3527907 (Shaza) utk temujanji anda!
No comments:
Post a Comment