DR Hijama Bekam Profesional

.:Selamat Datang ke DR Hijama.: .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:.

Saturday 21 February 2015

PENJELASAN ILMIAH MENGENAI KAEDAH BERBEKAM RASULULLAH SAW

Bekam merupakan terjemahan dari kata hajama-yahjimu/yahjumu yang berarti menghisap atau menyedut, Hijamah, atau dari kata 'al-hajmu', yang berarti pekerjaan membekam. Pelaku/penghisap lubang alat bekam disebut 'hajjam'. Sehingga hijamah atau bekam diertikan sebagai kaedah penghisapan darah dengan alat menyerupai tabung, serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan penyayatan yang kemudian ditampung dalam gelas (Yasin, 2005).

Sistem peredaran darah atau disebut juga sistem kardiovaskular terdiri dari jantung sebagai pam, dan 2 jenis sistem pembuluh: sistem kitaran darah dan sistem imun (limfa) yang panjang rangkaiannya mencecah 60,000 mi.

Terlalu ramai individu yang menghidapi penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah. Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Imran Zainal Abidin, berkata sejak lima tahun kebelakangan golongan muda yang menghidap penyakit jantung meningkat dan bukan lagi yang berusia saja.

Wanita juga terkenal dengan sifat tahan sakit dan lasak berbanding lelaki yang lebih manja. Jadi, kesakitan yang dirasai dianggap perkara biasa menyebabkan mereka tidak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan lebih cepat. Tetapi apabila pergi ke hospital, ia sudah terlambat" Dr Imran, Ahli Majlis Persatuan Jantung Kebangsaan. -Sumber: www.malaysianheart.org

Malah, sebelum ini sakit jantung dideritai wanita selepas empat atau lima tahun menopaus tetapi sekarang, ia turut menyerang wanita usia 30-an.


Hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga penyakit tidak sempat muncul. Jika penyakit telah terlanjur muncul, hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih baik. Ringkasannya, hijamah membantu tubuh untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Bagaimana sumber kolestrol masuk ke dalam tubuh
Hijamah membuang sel-sel darah yang sudah mati dari sistem kardiovaskular. Ia bekerja seumpama membersihkan/mencuci radiator kereta. Jika kenderaan anda meragam karena radiator tersumbat, tentu pembersihan ini akan membuat kenderaan anda baik semula. Tapi jika radiator telah retak, tentu usaha ini tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan.


Manusia sangat beruntung kerana mempunyai tubuh yang tidak sama seperti mesin, dimana ia dapat memperbarui sel-selnya. Hijamah akan bertindak efektif pada penyakit seperti stroke, jantung dan penyakit-penyakit akibat tingginya kadar kolesterol (McConnell, 2007)

Gambarajah menunjukkan bagaimana berlakunya
proses saluran darah tersumbat


No comments:

Post a Comment