DR Hijama Bekam Profesional

.:Selamat Datang ke DR Hijama.: .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:.

Monday 9 February 2015

SEJARAH RINGKAS HOMEOPATI

HOMEOPATI adalah suatu sistem perubatan moden yang lengkap dan semulajadi (nature). Sistem ini mengamalkan prinsip “keserasian” dalam tindakannya menghilangkan penyakit, di samping merangsang fungsi sistem imunisasi, sistem saraf pusat dan Vital Force tubuh badan secara lebih holistik dan semulajadi. Perubatan ini telah dikenali dan diamalkan lebih 200 tahun yang lalu di seluruh dunia dan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).


Pengasasnya ialah seorang pakar perubatan konvensional MD dari Germany iaitu Prof. Dr Samuel Hahnemann yang memperkenalkannya pada tahun 1790-an. Beliau benar-benar mahir dalam perubatan tersebut, sungguh pun begitu semasa merawat pesakit timbul rasa tidak senang dihatinya kerana beliau berpendapat ubat-ubat yang digunakan di masa itu tidak sesuai dan kerap mengecewakan serta membahayakan. Menurut kajian dan pengalaman beliau, sistem perubatan konvensional banyak menggunakan dadah (crude drug) di dalam amalannya. Jika diamalkan dalam tempoh yang lama dan melebihi dos yang ditetapkan ia mengakibatkan banyak kesan sampingan seperti kerosakan usus, hati, buah pinggang,sistem saraf, dan sebagainya. Oleh itu Dr Samuel Hahnemann mencari suatu sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan.






Lantas beliau menjalankan beberapa penyelidikan ke atas beberapa bahan sebagai contoh kulit kayu Peruvian atau Quinin, diuji ke atas dirinya sendiri maka hasilnya beliau mengalami simptom yang sama dengan penyakit demam kura atau Malaria. Bertahun-tahun beliau menjalankan penyelidikannya, setelah berpuas hati dengan hasil uji kajinya lalu beliau memperkenal dan mengistiharkan sistem perubatan ini adalah Homeopati yang berprinsip serupa dengan serupa menyembuhkan. Dari sinilah sistem Perubatan Homeopati bermula.

Dimasa kini , kian ramai doktor perubatan dari barat mula beralih kepada homeopati. Ini disebabkan kesedaran masyarakat barat yang maju dan terpelajar untuk kembali kepada sistem perubatan yang semulajadi dan selamat semakin meluas.

Homeopati telah lama mendapat pengiktirafan (WHO). Oleh itu tidak hairanlah semakin banyak negara yang mengiktiraf Homeopati setaraf dengan perubatan konvensional seperti di India dan Pakistan. Dikebanyakan Negara seperti Rusia, Britain, Franch, Germany dan Australia, Homeopati bukanlah suatu yang asing.
Keluarga kerabat diraja England adalah penyokong dan pengamal setia perubatan ini sehingga Queen Elizabeth II sendiri menjadi penaung Majlis Homeopati United Kingdom. Maka tidak hairanlah keluarga diraja England terkenal degan taraf kesihatan dan usia lanjut mereka.

Di Malaysia pula D.Y.M.M Sultan Kedah merupakan Penaung kepada Persatuan Doktor Homeopati Malaysia (PDHM). Semenjak Homeopati diperkenalkan di Malaya oleh doktor-doktor tentera British sebelum perang dunia pertama lagi dan dipopularkan pula oleh Prof. Dr Burhanuddin AlHelmy pada awal 1930an, populariti homeopati di Malaysia semakin meningkat. Sehingga kini masyarakat dunia telah menerima homeopati sebagai perubatan alternatif yang berkesan dan diyakini.


No comments:

Post a Comment