DR Hijama Bekam Profesional

.:Selamat Datang ke DR Hijama.: .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:. .:Selamat Datang ke DR Hijama:.

Thursday, 28 May 2015

KAPSUL RESDUNG

Masalah RESDUNG ??? Alahan hidung ???

Masalah jerawat & jeragat ?

Dapatkan kapsul resdung dRResd sekarang. Diformulasikan daripada herba-herba terpilih dan bermutu tinggi untuk melegakan masalah resdung dan masalah berkait pernafasan.

Dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan M'sia (KKM) dan disahkan Halal oleh JAKIM.


Harga :
1. Kapsul Resdung 60biji - RM29.90 (SM) RM32.90 (SS)
2. Kapsul Resdung Plus (Blister pack) 100biji - RM119.90 (SM) RM122.90 (SS)
-------------------------------------------------------------------------------

Konsultasi kesihatan dan pemeriksaan resdung percuma boleh anda dapatkan di klinik saya Pusat Naturopati & Terapi Bekam Aysha​

Hubungi Dr. Muhamad Azrinaz MD ( 013-6245430 ) untuk pesanan dan pertanyaan.


Wednesday, 27 May 2015


Jam menunjukkan 11.30 malam, dan kami masih lg memberikan rawatan bekam, resdung dan akupuntur kepada pelanggan yang berhajat memperbaiki kesihatan, walaupun kondisi badan mula lemah kerana seharian penuh dengan temujanji rawatan. Teringat ketika bertugas di salah sebuah hospital kerajaan. Perasaannya hampir sama.

Kami sangat menghargai semangat pelanggan dan bakal pelanggan kami dalam ikhtiar mencari kesihatan dan kesembuhan. Semoga usaha kami dapat membantu masyarakat mencapai kesihatan yg lebih cemerlang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang memberi semangat dan galakan kepada kami untuk meneruskan misi ini. Semoga Allah memberi kesihatan tubuh badan dan murahkan rezeki kita semua.

Kami kongsikan doa yang selalu kami amalkan ketika memulakan sesi rawatan:
.
بسم الله شافي، بسم الله كافي، بسم الله وافي، بسم الله معافي، بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء، وهو السميع العليم

Moga segalanya diterima olehNya. Ameen!

Tuesday, 26 May 2015

RAWATAN AKUPUNTUR: LUKA


Alhamdulillah! Perkongsian seorang rakan sekuliah. Semalam kami baru mengunjungi ibu kepada seorang rakan baik yang baru masuk ke hospital kerana komplikasi jantung. Alhamdulillah, kelihatan beliau semakin pulih dan semakin kelihatan sihat tatkala melihat puteri kesayangan datang dari jauh untuk melawatnya (kerana kami sedang dalam musim exam). Hati ibu mana tak berbunga dikunjungi kekasih hati..

Dalam ketika itu, seorang lagi kawan saya tiba-tiba diuji.. tersepit pintu kereta pula! Cepat-cepat kami semua masuk ke dalam dan merawat dengan ais. Apa lagi, memang saya sentiasa bawa bekal jarum akupuntur dalam handbag, lalu saya offer untuk kita buat rawatan akupuntur. Seram juga nak cucuk di area luka, tapi tak apa, yang penting tuan badan kena kuat semangat!!

Tiba-tiba harini dapat tag diFB, gambar tangan beliau yang tersepit itu. Alhamdulillah!! Amazed juga, kelihatan tiada langsung kesan darah beku! Kebiasaan, tersepit gaya begina mahu ambil masa seminggu untuk darah beku hilang. Betul ilmu Allah itu sangat luas! Jadi kita guna untuk membantu yang memerlukan yaa ;)



like emoticonamazed jgk sehari je boleh jd bersih mcm ni xda blood clot. alhamdulillah, benar, ilmu Allah itu sangat luas! kita guna utk bantu yang memerlukan. Moge Allah beri kesembuhan pantas buat cik adik manis Ida Hidayah ameeen wink emoti

Perkongsian rakan di FB nya:

*********************************************************

[ Tersepit pintu kereta vs akupuntur ]

Alkisah semalam tersepit pintu kereta. Pintu dah tutup rapat bersama jeritan arghhh!!!! Sakit!!!!

Ya Allah..jari aku!

Sekali tengok dah mula nampak darah beku... Wrn hitam..

Masuk rumah FT  duduk kt kerusi..dh bengkak..letak ais..pedih!!!

Sekali SS suggest..nk tak guna akupuntur? *rasa mcm dh nk pengsan tahan sakit masa tu*

Boleh lah asal baik...masa tu x fikir kena cucuk dgn jarum tu sakit ke tak..

Masa kena cucuk tu sakit tp sakitnya x seperti sakit tersepit pintu.

Sakit tersepit pintu tu lg sakit dr kena cucuk jarum akupuntur.

Big thanks to Shaza atas rawatan akupuntur ni. Sangat2 berkesan. Tkde kesan darah beku lg..

Nasib baik tangan kiri. Kalau tangan kanan x tau la bole jwb exam ke tak..

Alhamdulillah tak patah..jgn risau..

Terima kasih kwn2. Doakan nk exam esok..

Btw, Shaza Shams ni ade pusat rawatan sendiri bersama suaminya..Boleh la kalau korang nk bekam, urut, etc kt @Pusat Naturopati & Rawatan Bekam Aysha (FB)

*Maaf kalau gambar ni seram

Wednesday, 4 March 2015

TITIK BEKAM ORGAN

Ustaz Doktor ‘Ali Muhammad Muthawi’, beliau adalah dekan pertama di Fakulti kedoktoran Al-Azhar dan ahli radiologi dan tumor berkata tentang bekam:
“Bekam merupakan pengubatan yang popular dan banyak digunakan di Mesir hingga akhir-akhir ini! Ia memiliki landasan ilmiah yang cukup dikenali iaitu bahawa organ-organ dalam tubuh berhubungan dengan bahagian-bahagian tertentu pada kulit manusia dititik masuk saraf yang menyalurkan makanan kepada organ-organ tersebut di saraf tulang belakang. Dengan adanya hubungan ini, maka rangsangan apa pun yang diarahkan pada kulit mana pun pada bahagian tubuh ini, akan mempengaruhi organ-organ internal yang berhubungan dengan dengan bahagian kulit ini. Teori ini sama dengan cara yang digunakan untuk pengubatan tusuk jarum (akupuntur) Cina untuk mengubati penyakit. “


Beliau berkata “Dengan mengenal peta pembahagian saraf pada kulit dan pada organ-organ internal, boleh diketahui bahagian-bahagian kulit yang digunakan berbekam untuk memperoleh pengaruh perubatan yang diharapkan.” (Al-Liwa’u l-Islami, 3 Syawal 1416H)

Sunday, 22 February 2015

HATI- HATI SEMASA BERBEKAM!

Assalamualaikum
Kepada pelanggan dan bakal pelanggan kami :)

Kami di Pusat Naturopati & Terapi Bekam AySHA sangat menitikberat soal kebersihan.
Jarum yang digunakan akan dibuang dan tidak akan dipakai semula. Alat-alat bekam akan melalui proses sterilization yg ketat.
Pengalaman dn pengetahuan tentang konsep sterilisasi akan diterapkan dalam rawatan kami.
Kami bekam anda seperti mana kami ingin dibekam. Keselamatan dan keselesaan anda keutamaan kami.




Mahu mendapatkan khidmat bekam professional kami?
Hubungi kami di talian 0136245430 (Dr.Azrinaz) atau 0133527907 (Shaza) untuk temujanji berbekam anda SEKARANG!

Saturday, 21 February 2015

PENJELASAN ILMIAH MENGENAI KAEDAH BERBEKAM RASULULLAH SAW

Bekam merupakan terjemahan dari kata hajama-yahjimu/yahjumu yang berarti menghisap atau menyedut, Hijamah, atau dari kata 'al-hajmu', yang berarti pekerjaan membekam. Pelaku/penghisap lubang alat bekam disebut 'hajjam'. Sehingga hijamah atau bekam diertikan sebagai kaedah penghisapan darah dengan alat menyerupai tabung, serta mengeluarkannya dari permukaan kulit dengan penyayatan yang kemudian ditampung dalam gelas (Yasin, 2005).

Sistem peredaran darah atau disebut juga sistem kardiovaskular terdiri dari jantung sebagai pam, dan 2 jenis sistem pembuluh: sistem kitaran darah dan sistem imun (limfa) yang panjang rangkaiannya mencecah 60,000 mi.

Terlalu ramai individu yang menghidapi penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah. Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Imran Zainal Abidin, berkata sejak lima tahun kebelakangan golongan muda yang menghidap penyakit jantung meningkat dan bukan lagi yang berusia saja.

Wanita juga terkenal dengan sifat tahan sakit dan lasak berbanding lelaki yang lebih manja. Jadi, kesakitan yang dirasai dianggap perkara biasa menyebabkan mereka tidak ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dengan lebih cepat. Tetapi apabila pergi ke hospital, ia sudah terlambat" Dr Imran, Ahli Majlis Persatuan Jantung Kebangsaan. -Sumber: www.malaysianheart.org

Malah, sebelum ini sakit jantung dideritai wanita selepas empat atau lima tahun menopaus tetapi sekarang, ia turut menyerang wanita usia 30-an.


Hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga penyakit tidak sempat muncul. Jika penyakit telah terlanjur muncul, hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih baik. Ringkasannya, hijamah membantu tubuh untuk menyembuhkan dirinya sendiri.

Bagaimana sumber kolestrol masuk ke dalam tubuh
Hijamah membuang sel-sel darah yang sudah mati dari sistem kardiovaskular. Ia bekerja seumpama membersihkan/mencuci radiator kereta. Jika kenderaan anda meragam karena radiator tersumbat, tentu pembersihan ini akan membuat kenderaan anda baik semula. Tapi jika radiator telah retak, tentu usaha ini tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan.


Manusia sangat beruntung kerana mempunyai tubuh yang tidak sama seperti mesin, dimana ia dapat memperbarui sel-selnya. Hijamah akan bertindak efektif pada penyakit seperti stroke, jantung dan penyakit-penyakit akibat tingginya kadar kolesterol (McConnell, 2007)

Gambarajah menunjukkan bagaimana berlakunya
proses saluran darah tersumbat


Thursday, 12 February 2015

INFO BEKAM DI AKHBAR

Bekam Basah (Alhijamah)adalah warisan perubatan Rasulullah, Muhammad SAW. Terbukti keberkesanannya. Sudah ada kajian ilmiah bahawa bekam bukan sekadar mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, sebaliknya bekam kini lebih menyeluruh fungsinya dalam mengurangkan risiko terhadap penyakit kardiovascular. Ia juga adalah selamat untuk diamalkan sekiranya ia melalui kaedah yang betul dan dilakukan oleh perawat terlatih dan diiktiraf.